Friday 29 November 2013

enjoy it-my first novel just2try

   BAB 1

   Bagasi beroda bewarna putih itu ditarik perlahan.Kaca mata 'Aviator' koleksi Rayban terletak elok diatas hidung mancungnya.Shawl bewarna merah putih bercorak 'polka dots' dibetulkannya.Matanya melilau-lilau mencari seseorang didalam KLIA itu.Tiba-tiba matanya menangkap tubuh seseorang yang cukup dikenalinya.Langkah kaki dipercepatkan.Tuk,tuk,tuk.Kasut but yang dipakainya manari perlahan diatas lantai mengikut gerak langkah tuannya.
     
       Tengku Syira Atilia mencuit bahu pembantu peribadinya yang setia menunggu dari tadi.Maria yang sedari tadi menanti berpaling kebelakang sambil mengurut perlahan dadanya akibat terkejut dengan cuitan Syira yang tiba-tiba."Tengku,ahh...mujur saya tak ada sakit jantung,kalau tak dah lama 'off'."kata Maria sambil tersengih.

        Syira hanya tersenyum."Sorry."Hanya itu yang dibalasnya.Senyuman juga telah mati."Jom,I'm thirsty.Singgah Secret Recipe."Syira berjalan meninggalkan pembantunya itu.

        Maria mengeluh.'Tengku Syira dah banyak berubah.'Senyuman mesranya telah hilang setelah peristiwa tiga tahun lalu.Ia,peristiwa yang merubah 360 darjah hidup majikannya.Dia mengeluh lagi.Pabila melihat majikannya yang telah jauh meninggalkannya,dia segera bergegas kearah Syira.

     Setelah tiba di kafe tersebut,mereka memesan minuman masing-masing."Nampaknya Malaysia dah banyak berubah.Tentu Villa Lavendar pun sama jugakan?"Syira bertanya sambil matanya mula menjamah persekitaran KLIA itu.

     "Sudah tentulah.Dah sepuluh tahun Tengku tinggalkan Malaysia."Maria menjawab lalu meneguk Fresh Orange yang dipesannya tadi."Betul juga."Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan Malaysia untuk belajar diluar negara iaitu sejak dia berumur 15 tahun.Kini dia telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perniagaan peringkat ijazah dan master.Tiba-tiba kedengaran bunyi deringan telefon bimbitnya.

   "Hello,Syira speaking,who's on the line?"Syira bertanya sambil dahinya berkerut.Panggilan itu bukan dari dalam Malaysia,ianya dari luar negara.Maria hanya memandang wanita anggun dihadapannya itu.

    "Hey,how could you forget me,dear?"Laura,rakan baik Syira di England seakan merajuk apabila Syira seakan tidak mengenalinya.Laura seorang gadis kacukan cina-perancis seperti ibunya.Ibu Syira dan ibu Laura,Mrs Aimee Lawrence kawan baik sejak universiti.Mungkin sebab itulah mereka boleh berkawan baik.Tambahan pula Laura sekeluarga pernah tinggal di Malaysia selama 12 tahun sebelum berpindah ke Perancis semula.

    "Hey,Camelia,is that you?.I'm sorry,I was not in England right now.That's why I do not recognize this number.Sorry dear."Syira memohon maaf terhadap Laura.

    "Syira,Syira you still same as before.I miss you,when you back to Malaysia?Don't tell me,huh?"

    "Sorry girl.I'm rushing.Miss you too."Mereka berbual tanpa sedar jam sudah menginjak keangka tujuh malam.Setelah menamatkan panggilan Syira dan Maria bergegas kearah surau.

                                                                 ---------------------             

        Setelah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim,mereka bergerak ke arah parkir kereta sementelah masa menunjukkan 7.45 malam.Tiba di kawasan parkir kereta,deretan kenderaan terparkir elok disitu.

    "Kereta yang mana satu?"Syira bertanya kepada Maria.Maria hanya tersenyum sambil berjalan kearah sebuah kereta.

     "Ohh......"tanpa sempat Syira menghabiskan bicara dia terus berlari kearah kereta tersebut.'Oh...so...so.. .beautiful.'dia memuji-muji didalam hati sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arah kereta itu. Bentley Hunaudieres bewarna hitam itu dipandang penuh teruja,sesungguhnya dia amat gemarkan sporty car.Empat tahun lepas pabila pulang bercuti di Malaysia,dia sempat membeli beberapa buah kereta mewah seperti Ferrari Enzo,Porsche Carrera 4s,Lamborghini Gallardo dan Aston Martin Vanquish."My new car?"tanyanya kepada Maria sambil tersenyum gembira.Dia sudah tidak dapat menyembunyikan keterujaannya lagi.

     "Yup."Maria tersenyum melihat gelagat Syira yang begitu teruja hendak memandu bentley yang baru dibelikan oleh datuknya,Tengku Fahmi.Okey,maybe tak 100% majikannya itu berubah.Buktinya kegilaannya terhadap sport car masih tak berubah.Dia kemudian begerak kearah keretanya."Tengku,jom."

     "Jom."Tidak sabar rasanya hendak membuat kejutan kepada keluarganya dan menyambut hari lahir abangnya.Sengaja Syira tidak memberitahu keluarganya mengenai kepulangannya sebulan awal dari yang dijangkakan oleh keluarganya.Tambahan pula apabila dia mendapat kereta baru hadiah dari datuknya.
Kereta mewah itu perlahan-lahan menyusuri jalan raya.Maria hanya mengikut dari belakang.

       Udara yang segar untuk mengambil angin.Sengaja dia membuka cermin kereta untuk merasa udara malam di bumi Malaysia.Sesungguhnya dia rindukan Malaysia,negara kelahirannya.Walaupun dia jarang pulang bercuti di Malaysia,namun dia tetap rindukan keluarganya.


                                                              ----------------------

      Dari jauh dia nampak deretan kereta mewah yang terpakir dibahu jalan berdekatan dengan rumahnya.Kirikanan bahu jalan penuh dengan deretan kereta pelbagai jenama.Berapa ramai tetamu mommy jemput sampai tak cukup parkir didalam villa keluarganya itu.Setahunya Villa Lavendar cukup luas untuk menempatkan 100 buah kereta.

     Bentley hitam itu bergerak perlahan ingin memasuki perkarangan villa yang mewah dan terang-benderang dengan lampu di tepi villa.Tiba di pondok pengawal,dia ditahan,dia diminta menunjukkan kad jemputan.

     'Aduh,nak tengok kad jemputan la pulak,Dahla Maria dah balik rumah dia.'Lantas diambil beg dompet didalam beg tangan LVnya,lalu dikeluarkan kad pengenalan."Nah,encik.Saya tak ada kad jemputan sebab saya baru balik dari luar negara."Dia hanya memaniskan wajah.Berubah riak wajah pengawal tersebut apabila mengetahui gadis dihadapannya ini adalah anak kepada majikannya.

      "Oh,Tengku.Saya diberitahu Tengku akan balik bulan hadapan.Maaf sebab menahan Tengku,Saya hanya menjalankan tugas.Lagipula saya pekerja baru."Pengawal keselamatan itu memohon maaf."It"s okay.Saya balik tak beritahu family saya pon.Senyap je tau.Saya nak buat kejutan."Pengawal tersebut hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.Kereta tersebut bergerak masuk kedalam perkarangan Villa Lavendar.

      Dia mencari parkir,akhirnya dia memarkirkan kereta itu di dalam garaj sahaja.Mujur kunci garaj masih bersamanya.Setelah mengunci kereta.Dia bergerak ke laman rumahnya.Di situ tidak ramai sangat orang kebanyakannya berada di laman belakang kerana majlis diadakan di belakang.Dari sini pon dia dapat melihat tiga buah khemah yang dihias cantik elok terpasang dilaman belakang.
Tiba dilaman sebelah kanan villanya,terdapat ramai juga tetamu yang makan di meja yang disediakan disitu.Dia perasan terdapat mata-mata yang memandang pelik ke arahnya.Mungkin sebab pakaiannya yang pelik lain dari yang lain.Ada juga gadis-gadis yang menjelingnya.'Huh,ni malas nak balik Malaysia,ada je yang terlebih 'mesra'.Kesah apa aku.'

      Dia menonong jalan membiarkan gadis-gadis yang sedari tadi menjelingnya.'Huh.Tahulah aku cantik tapi tak perlulah nak jeling bagai.'Syira mengomel geram didalam hati.Ya,memang diakui Syira seorang gadis yang cantik dengan ketinggian bak model,hidung mancung,alis mata yang terbentuk indah,bibir merah yang cantik semulajadi dan sepasang mata bundarnya yang istimewa bewarna 'emerald green'.Satu-satunya keistimewaannya.Dalam keluarga mereka,hanya Syira yang mempunyai mata bewarna hijau,yang lain semuanya bewarna hazel mengikut Tengku Amily kecuali daddynya yang bermata coklat.Tidak ada seorang pon dalam keluarganya yang mempunyai anak mata bewarna hitam.Syira mungkin mempunyai keistimewaan tetapi dia tidak pernah meninggi diri.Dia sudah dididik dengan nilai murni dan agama yang cukup untuk dirinya.Walaupun keluarga mereka tidaklah alim mana,tetapi sudah cukup untuk dia membezakan mengenai baik dan buruk serta meninggalkan larangan Allah swt.
                                                      
       Syira tersenyum tipis bila ternampak seorang wanita anggun yang sedang asyik bersembang dengan seorang lelaki.Dia mendekati pasangan itu perlahan-lahan supaya mereka tidak perasan.Sesungguhnya dia amat merindui mereka.Sambil mendekati pasangan itu,matanya melilau-lilau mencari dua lagi lelaki yang berada dihatinya.Namun tidak juga jumpa.Syira berhenti apabila dirasakan jarak antara dia dan pasangan itu sudah dekat.Dia cuba mencuri dengar perbualan mereka.Syira hanya tersenyum.Sudah terlalu lama dia merindui suara itu.


BAB 2

      
       Kedengaran riuh-rendah suara tetamu dan lagu yang berkumandang dari corong radio yang dimainkan DJ.Matanya mencari kelibat seseorang.Akhirnya mataya menangkap kelibat anaknya it."Megat Fahimi!" Tengku Amily memanggil anaknya.Tengku Megat Fahimi yang sedari tadi asyik bersembang bersama rakan-rakannya segera bergerak ke arah ibunya."Yes,mommy.Ada apa?"soalnya."Majlis harini okay?Nampak macam tak ceria ja.What wrong with you,dear?"Tengku Amily menyoal anaknya.

      "Majlis harini?Okay.Perfect!But,mommy...along rindu someone laa..."Tengku Megat Fahimi membuat muka kesian kepada ibunya.Tengku Amily tersenyum melihat gelagat anak sulungnya itu.Umur dah 27 tahun tapi perangai...manja."Ish,kamu ni.Ada-ada je.Jangan laa buat muka camtu.Someone?Do you mean...."Tengku Amily sengaja membuat ayat tergantung."Ish,mommy nih.yes,of course la angah.Kan best kalau angah ada sekali."Ujar Tengku Megat Fahimi sambil mengeluh panjang.Walaupun dia gembira dengan majlis hari lahirnya pada hari ini.tetapi terasa tidak lengkap jika semua ahli keluarga tidak ada bersamanya. mengusik anaknya yang menyambut ulang tahun ke 27.Majlis hari ini juga untuk menyambut ulang tahun Tengku Megat Fahimi.

       Tengku Amily telah menjemput kesemua rakan baiknya untuk majlis anaknya itu.Dia agak pelik kerana anaknya itu beria-ria hendak membuat majlis itu walaupon pada mulanya Tengku Megat Fahimi berkeras tidak mahu membuat majlis itu dengan alasan hendak menunggu adiknya,Tengku Syira Atilia pulang dari luar negara dahulu.

       "Ni mommy nak tanya,yang kamu beria-ria nak buat majlis ni kenapa?Kata nak buat lepas Syira balik?"Tengku Amily bertanya."Err,itu,memang along tak nak buat,tapi,entah...achik pula beria-ria nak buat dia kata ada kejutan untuk kita."Tengku Megat Fahimi juga hairan dengan Tengku Megat Faiq,adik bongsunya yang beria-ria hendak buat majlis hari lahirnya itu.Bersungguh-sungguh Tengku Megat Faiq memujuk abangnya."Alaa,along buat jelah majlis tu,Achik ada hadiah nak bagi kat along.Kalau along tak buat along akan menyesal seumur hidup."Itulah ayat yang digunakan untuk memujuk abangnya.

       "Hurm,entahlah.Takpalah,mommy nak jumpa kawan-kawan mommy,kamu pergilah sembang dengan kawan-kawan kamu."Tengku Amily segera berlalu meninggalkan anaknya.Manakala Tengku Megat Fahimi pula segera bergerak kembali kearah rakan-rakannya.Tanpa mereka sedari ada seseorang yang sedari tadi mencuri dengar perbualan itu.

                                                         -----------------------------------


           Syira tersenyum mendengar perbualan ibu dan abangnya itu.Matanya menangkap kelibat seorang lelaki kacak yang sedang asyik bersembang bersama rakan-rakannya yang juga kacak.Syira mendekati mereka perlahan-lahan.

          Tengku Megat Faiq tersentak apabila ada tangan yang melingkari lehernya.Rakan-rakan yang lain turut tergamam apabila seorang gadis yang cantik mendekati mereka lalu merangkul leher rakannya itu.

         "Hai,sayang.Miss me?"Syira menahan tersenyum apabila melihat muka adiknya itu.Namun terlepas juga tawanya apabila melihat muka rakan-rakan adiknya itu."Hahaha..."Syira melampiaskan sisa tawanya itu.Tangannya sudah tidak merangkul lagi leher adiknya.Dia menarik satu-satunya kerusi yang kosong di meja itu."Angah!Hish,terkejut achik."Tengku Megat Faiq mengurut-urut dadanya.Terkejut dia apabila terasa ada tangan yang melingkari lehernya tadi.Bersayang bagai."Angah!!!"Terkejut rakan-rakannya apabila Tengku Megat Faiq memanggil gadis tadi 'angah'.Arsyad yang duduk di sebelah Tengku Megat Faiq tersenyum lalu menyapa Syira,"Hai,Kak Syira."sememangnya dia sudah lama mengenali Syira sejak dia berada di tingkatan satu kerana bersahabat baik dengan Tengku Megat Faiq.

       " Hai,Arsyad.Lama tak jumpa,last I meet you...erm,waktu korang tingkatan dua kan,anyway, saya Syira,kakak Faiq."Syira memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan adiknya yang lain.Terlopong mulut mereka apabila mendapat tahu Faiq ada kakak.Cantik pulak tu."Ni kawan baik achik,yang tinggi-tinggi tu,Haikal,yang badan tegap ni,Amsyar,yang mata sepet ni,Leo,Dia kacukan cina.".Syira tersenyum"Oh,nice to meet you all ."Anyway,achik,where's daddy?"Syira bertanya."Entah,tapi bukan ke patutnya angah wish kat along dulu."

      "Yup,but I need your help."Syira berkata kepada adiknya."What?"Tengku Megat Faiq meneguk minuman yang disediakan.Syira berbisik sesuatu kepada adiknya.Tengku Megat Faiq hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar rancangan kakaknya.


                                                      --------------------------------------







p/s-sori ni secara ringkas sikit,nanti saya tulis lagi ek.tak habis lagi ni. ; )




Monday 9 September 2013

THANK y0u ^-^

Thanks,my dear kakpah,cuti nnt aq tulis sinopsis novel aq,novel on the way...nnt bca..k

Saturday 17 August 2013

Buatmu , Mak Tiri

Assalamualaikum :)

Blog ni saya buat khas untuk kawan saya. Kat sini dia boleh post karya seni dia tu. Kami dua memang minat menulis . Doakan semoga kami berdua menjadi penulis yang terkenal suatu hari nanti Insya Allah .

Boleh lawat blog saya di sini .

Lots Of Love ,
_syarifahkaiaira_